Salam Kasih...
Cinta ini tak pernah dipaksa-paksa, ia hadir dan melekap denganmu. Memang kadang-kadang aku fikirkan cinta itu aneh, cinta itu pelik - apapun sebenarnya ia adalah sebuah hakikat. Hakikat dalam cinta mengatakan bahawa, ia tak akan mengenal siapapun, ia akan jatuh di mana-mana jua sekalipun. Cinta juga tak pernah mengenal usia, kerana cinta itu lahir bersama manusia. Cinta tak pernah memilih paras rupa, kerana yang cantik dan indah itu hanya di mata, kemudian turun ke hati.
Engkau! Aku menyintaimu kerana takdir cinta menemukan kita. Pernah kita tanyakan, apaakah cinta antara kita ini suatu kebetulan, atau ia memang ditakdirkan begitu. Aku menyintai engkau sebelum aku benar-benar menemukanmu. Engkau juga telah melahirkan perasaan sebelum engkau tahu siapa aku.
Pelik! Dan aneh, bukan?
Cinta ini kadang-kadang ibarat angin, sekejap ia datang berhembus nyaman - cukup mendamaikan, cukup aman dan membahagiakan. Kita terbuai dalam alunan dan belaiannya. Kadang ia statik, tak ada angin berhembus - mati, kaku dan beku! Segalanya hambar dan tawar. Tiba waktunya, ribut rindu pula yang menggila. Begitulah musim cinta kita.
Aku terus melihat ke dalam matamu yang redup. Aku terus mencari dirimu walaupun ia sudah kutemui. Aku cuma ingin mencari tahu, aku hanya ingin turut merasai sekaligus menyelami gelombang kesedihan di lautan matamu. Setenang wajahmu, setenang itulah pantai di lautan matamu. Namun, itu bukan ketenangan hakiki kerana gelora di jiwamu tak pernah reda. Malah ia semakin menggila!
Semuanya bagai mimpi, tetapi ia adalah realiti. Ia bagai sebuah cerita, tapi itulah kenyataannya. Cerita-cerita aneh yang semakin hari semakin memenuhi ruang kehidupanmu. Kesibukan melayani emosi yang tak pernah reda, kadang-kadang menghanyutkan cinta kita semakin jauh, jauh dan jauh. Namun, itu hanya sebuah rasa kerana ketidak-tentuan perasaan yang sering datang. Aku masih yakin cinta ini terus tetap teguh ditapak yang kita pacakkan.
Aku cinta kamu atas apa adanya dirimu...


Puisi: Serpih-serpih rindu

Saya. Mencintai dia!

Mengasihi dia!
Menyayangi dia!
Merindui dia!

Saat, hadirnya dia
terperangkap saya dalam rantai rasa,
yang memenjara jiwa dalam dakapnya cinta

Pernah saya berkata di dalam hati suatu masa dahulu:
"Akan saya oles warna pelangi di bibir dia...
biar selamanya dia bahagia..."

Pada saat,
saya mengukir cerah matari,
di kaki hari, terasa
siang menjadi cepat
dan malam pun singkat
dan saya terperangkap
dalam angan-angan, dalam
gubuk waktu yang tersangkut di dada

Saya masih ingat lagi suatu waktu itu
kembara ke utara bersamanya
didalam kotak fikiran
tidak putus-putus saya membilang tasbih kasih,
adakah rasa kita sama?
atau.......
ini untuk yang terakhir kalinya?

Esoknya, teman membuat pertanyaan
"Bagaimana dengan dia?"
lalu lambat-lambat saya menjawab:
"Saya berharap masih punya harapan..."
.....dan....

munajat saya tidak henti-henti...
Tuhan...andai bahagia itu milikku...
maka Engkau dekatkanlah ia denganku...
namun jika telah takdirnya ia bukan utkku...
maka Engkau ubatilah 'kesakitanku' ini...
dan Engkau bahagiaknlah ia...

Saat, tiadanya dia
Kesunyian dan kesedihan, menari
dalam sendu yang panjang, dan
adakalanya dirasa
Semuanya tidak berhujung berpangkal

Mahukah kamu bermimpi sekejap
berada di tempat saya yang sepi,
kehilangan,
ditinggalkan,
bersendirian?


"rindukah engkau padaku?"


Dia; tidak menyahut...

abg..siyess ke nk teman sy nih? sy takut la nk jumpe abg...nnt takut abg da x ske ngan sy... sy da la x kurus2 lgik...gemukkk..huhuhuhuhuuuu takutnyeeeee... so, skang ni sy tgh brsedia jek klu2 ble da jumpe nnt abg akan bg tau sy..." awk...maaf yee..sy x bole trima awk...sy x bole utk brsama dgn awk...lupeknlah sy..." uhuhuhuhuhuuuu sadisnyeee la keadaan tu...iskkk2 cmne ni eh...hati sy x tenteram la abg....uhuhuhuhuhuhuuhuuuuuuu


Nota: Supaya tidak berlaku salah faham, situasi yang diberikan di sini hanya untuk suka-suka. Takde kaitan pun dengan sesiapa….kepada yang lelaki, kalau nak pegang perempuan, ingat-ingatlah ye siapa anda.
Ha…kalau masa korang berjalan dengan kekasih atau buah hati korang, ada tak dia pegang-pegang nye tangan korang? Habis semua die nak belek-belek tangan korang tu? Kalau ada parut sikit, mesti die tanya, kenapa ada parut tu. Macam mana boleh kene. Macam-macam soalan dia tanya. Dorang ni memang suka nak pegang-pegang ke eh? ( eiiiiiiiii sy x sokong yg nih)




  • Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang perihatin. Perihatin pada kekasih dorang. Kalau boleh, dorang memang nak jaga semua. Tak nak ada luka-luka, parut-parut, segalanya. Kurang cantik katanye kalau ada parut-parut ni. Kan bagus bopren korang tu.
    Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang suke melindungi perempuan. Kalau dalam hujan, sape yang pegangkan payung untuk korang? Lelaki ke perempuan? Mesti la lelaki. Lelaki ni memang romantik lagi pun. Dia tahu yang perempuan memang memerlukan dia. Tu pasal dia sanggup pegangkan payung walaupun dia akan basah kuyup. Kan bagus lelaki idaman Malaya korang tu.


  • Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni memang rajin. Kalau kita makan kat KFC atau McD, sape yang akan pegang dan angkat tray makanan tu? Mesti la lelaki. Dorang tahu perempuan tak larat nak angkat tray tu. Lagi pun dorang sayang pada kita. Dorang tak nak la kita penat-penat angkat tray makanan yang tak la berat mana pun. Ciput je beratnye. Kan bagus kekasih hati mcm tu.


  • Lelaki ni bukannye ape. Dorang ni kan kuat. Tough pulak tu. Tu pasal kalau kita gi shopping barang-barang dapur, lelaki jugak yang angkatkan barang-barang masuk dalam boot kereta. Tak perlu kita susah-susah nak angkut-angkut barang ni. Kita just tolong tolak troli je. Tu pun ada lelaki yang sayang sangat kat isteri dia sampai troli pun dia tolakkan. Kan bagus suami mcm tu.


  • Dan last sekali, lelaki ni bukannya ape. Dorang kan penyayang. Sape la yang tolong pegang dan pimpin tangan kita kalau kita sakit. Dia jugak la yang akan tolong pimpinkan tangan kita nak ke hospital ke, nak ke toilet ke, nak gi duduk kat meja makan ke. Dorang ni memang penyayang. Even kadang-kadang tu, dorang akan dukung kita kalau kita tak larat sangat. Kan bagus kalau semua lelaki mcm tu.

ehehehehehe sy dpt benda ni kat mail sy...huhuhuu sweet jekkn....tp sy amat2 menyokong eheeheheheh... abg...cmne? u stuju x ngan email ni? ngeeeeeeeeheheheheeh