Ya Rabbi...
Aku berdoa untuk seorang lelaki
Yang akan menjadi sebahagian dariku
Seorang lelaki yang sungguh mencintaiMu lebih dari segalanya
Seorang lelaki yang akan meletakkanku
Pada kedudukan kedua di hatinya setelah Engkau...
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri
Tetapi untukMu...
seorang lelaki yang mempunyai sekeping hati
Yang sungguh mencintai dan dahaga akan Engkau..
Dan memiliki keinginan untuk menauladani sifat-sifat agungMu....
Seorang lelaki yang mengetahui bagi siapa
Dan untuk apa dia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-siaSeorang lelaki yang memiliki hatiYang bijak bukan sekadar otak yang cerdas...
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
Tetapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
Tetapi dapat menasihatiku ketika aku berbuat salah...
Seorang lelaki yang mencintaiku
Bukan kerana kecantikan ku tetapi juga kerana hatiku...
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku
Dalam tiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku
Berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sisinya...
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku sebagai peneguhnyaSeorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya
Seorang lelaki yang memerlukan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya...
Sesungguhnya aku amat menyayanginya
Amat menyintai dirinya
Seorang lelaki yang diciptakan untuk membahagiakanku...
Amin.....

0 comments: